بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ
SELAMAT DATANG DI RUMAH ALLAH, DAN JANGAN LUPA !!! ISTIGFAR SETIAP HARI

Sabtu, 02 Desember 2017

RAHASIA AZAN


RAHASIA AZAN

Azan...dalam bahasa kita adalah bermaksud #panggilan atau #seruan. Bila dirujuk pada kamus :
Jadi,apabila seseorang yang berkata : SERUAN AZAN,tiadalah bedanya dengan dia berkata : CUBA TRY yakni menyebut perkara yang sama yang berbeda bunyinya sahaja.
Azan adalah panggilan tuhan kepada manusia melalui #muazzin sebagai isyarat pertama memberitahu kepada umat Islam dengan lafaz : ALLAH HU AKHBAR sebanyak 4 kali dengan makna ALLAH MAHA BESAR.
Atas MAHA BESARNYA ALLAH ini,maka si petani yang sedang bertani,meninggalkan pertaniannya,si peniaga runcit,berhenti sebentar perniagaannya,yang tengah berbual,berhenti perbualannya #kerana mereka semua tahu yang ditanikan,yang diniagakan,yang dibualkan adalah perkara yang amat tidak besar jika dibandingkan dengan #kebesaran Allah swt dan segalanya berada dibawah pentadbiran Allah.


ALLAH HU AKHBAR,inilah KEAGUNGAN yang wajib dipercepatkan kerana KEAGUNGAN itu sendiri yang memanggil hamba2nya.
Sepertimana di dunia,tatkala PEMBESAR memanggil,sebelum waktunya sudah kita sampai.
#SEJARAH
Azan,disyariatkan pada tahun ke dua hijiriah dimana baginda nabi saw mengumpulkan para sahabat dan berbincang bagaimana cara memberitahu masuknya waktu solat untuk mengajak umat Islam agar berkumpul di masjid.
Menurut ulama2,perbagai cadangan diusulkan termasuklah #mengibarkan Bendera dan #membunyikan loceng atau #trompet atau #bunyian sehinggalah Abdullah bin Zail bermimpi melihat seseorang membawa loceng dan mengelilingi beliau.
Dalam mimpi itu,Abdullah menyangka lelaki itu penjual loceng dan ingin membelinya bagi tujuan kegunaan mengajak solat.
Dalam mimpi inilah,lelaki itu mengajar AZAN kepada Abdullah.
Maka,Abdullah menemui baginda nabi saw dan.menceritakan mimpinya dan baginda nabi mimpi itu benar lalu menyuruh Abdullah mengajarinya kepada Bilal bin Rabah.

#RAHSIA AZAN DALAM HAKIKAT.

Allah hu akhbar,Allah hu akhbar.
Allah hu akhbar,Allah hu akhbar.
Membawa makna :
ZAT,SIFAT,ASMA,AFAAL ALLAH YANG MAHA AGUNG.
Asy-hadu an laa illaha Illa Allah.
Membawa makna :
PENYAKSIAN NUR MUHAMMAD AKAN ZAT DAN SIFAT ALLAH.
Asy-hadu anna Muhammad a RASULULLAH
Membawa makna :
PENYAKSIAN ROH TERHADAP AFAAL DAN ASMA ALLAH.
Haiyya alas Solah
Membawa makna :
NUR MUHAMMAD MEMBIMBING ROHANI DAN JASMANI MENGERATKAN HUBUNGAN CINTA ANTARA DICINTAI DENGAN MENYINTAI.
Haiyya alal falah.
Membawa makna :
ROHANI MENGESA JASMANI AGAR BERUSAHA KE ATAS AMAL KEBAJIKKAN.
Assolatu kharun minan naum
Membawa makna :
HUBUNGAN ROHANI DENGAN ALLAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA HUBUNGAN JASMANI DENGAN NAFSU.
Allah hu akhbar,Allah hu akhbar.
Membawa makna :
ROHANI DAN JASMANI BERSAMA2 MENGAGUNGKAN MAANI ALLAH SWT.
La illaha Illa Allah.
Membawa makna :

PARA JEMAAH ROHANI BERSAMA MENTAUHIDKAN ALLAH.
"Dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam dari #sulbi mereka oleh Allah mengambil #kesaksian terhadap #jiwa mereka."Bukankah aku ini tuhanmu?,mereka menjawab,"Benar engkaulah tuhan kami,kami menjadi #saksi" ( Al-Araaf : 7 : 172 ).
Ayat di atas,menjelaskan di dalam #kandungan kita telah diingatkan "tiada tuhan selain Allah".
Saat lahir,azan diperdengarkan kembali sebagai peringatan pertama kita sampai ke bumi bahawa kita pernah bersaksi di alam ruh.
Azan merupakan #kesatuan dalam aspek aqidah,syariat dan akhlak dimana #tauhidnya adalah #mengimani Allah swt.