بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ
SELAMAT DATANG DI RUMAH ALLAH, DAN JANGAN LUPA !!! ISTIGFAR SETIAP HARI

Sabtu, 02 Desember 2017

WASIAT MURSYID SYAIKH ABDUL WAHAB



          Tanggal 13 Muharram 1300H , beliau menuliskan wasiat kepada anak2 cucunya dan anak2 muridnya serta kepada muslimin dan muslimat sekaliannya . Beliau berpesan supaya tidak mengambil mudah atau meringankannya , kerana ianya datang dari Allah dan RasulNya serta para gurunya (Rabitahnya)

1. wasiat yang pertama :
" Hendaklah sekalian kamu masyghul dengan menuntuti ilmu Qur'an dan kitab dari guru2 mursyid , dan rendahkanlah dirimu kepada mereka , dan buatkanlah apa2 yang disuruh , jangan ditangguh2 , dan banyakkanlah bersedeqah kepadanya , dan iktiqadkanlah dirimu menjadi hamba kepadanya , dan jikalau sudah mendapat ilmu itu , ajarkanlah kepada anak2 cukuku dan seterusnya kepada orang lain , dan berkasih sayanglah kamu kepada muridmu sebagaimana kasih kepada anak cucumu ,  dan jangan kamu meminta upah dengan mengajar itu , pada hal mintalah upah itu kepada Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah ".


2. wasiat kedua :
" Apabila kamu sudah baligh , hendaklah kamu menerima tariqah Naqsyabandiyyah atau Syadziliyyah supaya kamu sejalan dengan aku" .

3. wasiat ketiga :
" Janganlah kamu berniaga sendiri , tetapi hendaklah kamu bersyarikat , Dan jika hendak mencari nafqah , hendaklah dengan usaha tenaga sendiri seperti berhuma , berladang dan menjadi amil , Dan di dalam mencari nafqah itu , hendaklah bersedeqah tiap2 hari supaya segera mendapat nafqah .  Dan jika mendapat 10 ringgit , maka hendaklah sedeqahkan 1 ringgit dan taruh sembilan lagi . Dan jika dapat 20 , sedeqahkan 2 . Dan jika dapat 100 , sedeqahkan 10 dan taruhkan 90 . Dan jika  cukup nafqah itu sekira2 setahun , maka hendaklah berhenti mencari itu , dan hendaklah kamu beramal ibadat hingga tinggal nafqahmu kira2 40 hari mendatang , maka barulah mencari semula " .

4. wasiat keempat :
" Maka hendaklah kamu banyakkan bersedeqah sebilang hari , istimewa malam Jumaat  dan siangnya . Dan sekurang2 sedeqah itu 40 duit ( sen ) setiap hari . Dan lagi hendaklah bersedeqah ke Makkah setiap tahun ". 

5. wasiat kelima :
" Jangan kamu bersahabat dengan orang jahil dan fasiq . Dan jangan bersahabat dengan orang kaya yang bakhil , tetapi bersahabatlah dengan orang2 alim , ulama' dan soleh2 ".

6. wasiat keenam :
" Jangan lah kamu berkehendak kemegahan dunia dan kebesarannya seperti hendak menjadi  qadhi , imam2 dan lainnya , istimewa lagi menjadi penghulu2 .Dan jangan menuntut harta dunia yang banyak2 . Dan jangan memakai pakaian yang bagus2 " .

7. wasiat ketujuh :
" Jangan kamu menuntut ilmu sihir supaya jadi kuat dan kebal dan pemanis ( penarik ) kerana semua itu ada di dalam al-qur'an dan kitab". 

8. wasiat kelapan :
" Hendaklah kamu kuat merendahkan diri kepada orang islam . Dan jangan kamu dengki khianat kepada mereka . Dan jangan mengambil harta mereka itu melainkan dengan izin syara'  " . 

9. wasiat kesembilan :
" Jangan kamu menghinakan diri kepad kafir la'natullah serta makan gaji dengan mereka itu . Dan jangan bersahabat dengan mereka itu melainkan dengan uzur syara' ".

10.wasiat kesepuluh:
"Hendaklah kamu kuat menolong orang yang kesempitan dengan sehabis2 ikhtiar , sama ada pertolongan itu dengan harta , usaha atau doa . Dan apa2  hajat orang yang dikhabarkan kepada mu serta dia meminta tolong , maka hendaklah sampaikannya seboleh2nya ".

11.wasiat kesebelas :
" Kekalkan air sembahyang dan puasa 3 hari pada tiap2 bulan " . 

12. wasiat kedua belas :
" Jika ada orang berbuat kebajikan kepada kamu apa2 kebajikan , maka hendaklah kamu balas kebajikan itu " . 

13. wasiat ketiga belas :
" Jika orang dengki khianat kepada kamu , telah  dipeliharalah akan kamu oleh Allah daripadanya , maka hendaklah kamu sabar dan jangan dibalas serta nasihatkanlah kepadanya dengan perkataan yang lemah lembut , kerana mereka itu orang yang bebal ".

14. wasiat keempat belas :
" Jika kamu hendak beristeri , maka jangan kamu pinang orang yang tinggi bangsa seperti anak datuk2 . Dan jangan dipinang anak orang kaya2 , tetapi pinanglah anak orang2 yang fakir2 dan miskin2 ". 

15. wasiat  kelima belas :
" Jika kamu memakai pakaian yang lengkap , maka hendaklah ada di dalamnya pakaian yang buruk .Dan yang utamanya , yang buruk itu diatas ( lapisan luar ) ".

16. wasiat keenam belas :
" Jangan disebut kecelaan orang , tetapi hendaklah disembunyikan sehabis2nya " . 

17. wasiat ketujuh belas :
" Hendaklah disebut2 kebajikan dan kebaikan orang dan kemuliaannya " . 

18. wasiat ke lapan belas  :
" Jika datang orang2 alim dan guru ke negeri kamu , lebih2 lagi khalifah Naqsyabandiyyah , maka hendaklah kamu dahulu datang ziarah kepadanya daripada orang lain , dan berilah sedeqah kepadanya " . 

19. wasiat kesembilan belas :
"Jika kamu pergi ke suatu negeri atau dusun( kampung ) dan ada didalam nya orang2 alim dan guru2 , istimewa ianya Khalifah Naqsyabandiyyah, maka kamu pergilah bertemu dengannya dan berilah sedeqah kepadanya ".

20. wasiat ke dua puluh :
" Jika orang alim itu hendak pergi dari tempat kamu , atau kemu hendak pergi dari tempatnya , maka hendaklah kamu ziarah pula dan memberi sedeqah supaya kamu mendapat rahmat besar ".

21. wasiat kedua puluh satu :
" Sekali2 jangan kamu kahwin dengan janda guru kamu , khususnya guru tariqah . Dan tiada mengapa berkahwin dengan anak guru , tetapi hendaklah bersungguh2 membawa adab kepadanya serta engkau jangan wathi ( jima' ) melainkan setelah meminta izin darinya , dan lebihkanlah olehmu akan dia berbanding isteri yang lain kerana dia anak guru , hal yang boleh dilebihkan ". 

22. wasiat kedua puluh dua :
" Hendaklah kamu laki2 yang beristeri berbilang2 , dan sekurang2nya 2 , yang baiknya 4 , dan jika isterimu tidak mengikut hukum syara' , ceraikannya , carilah yang lain ".

23. wasiat kedua puluh tiga :
" Hendaklah kamu perempuan yang bnyak sabar jika suami kamu beristeri berbilang2 , janganlah mengikut seperti perempuan yang jahil , jika suaminya beristeri berbilang2 , ia amat marah , tiada marah jika suaminya berzina ". 

24. wasiat kedua puluh empat :
" Jika ada sanak saudara kamu berhutang atau   miskin serta sempit nafqahnya , pada hal kamu lapang nafqahnya , maka hendaklah kamu berikan sedikit2 kepada tiap2 seorang supaya sama kamu ( setaraf ) . Inilah makna kata orang tua2 , jika kamu kaya , maka hendaklah kamu bawa sanak saudara kamu kaya pula , dan jika kamu senang , maka bawalah senang kamu itu kepada sanak saudaramu ".

25. wasiat kedua puluh lima :
" Mana2 sanak saudara kamu yang beroleh martabat dan kesenangan , maka hendaklah kamu kuat2 berdoa supaya kamu dapat bernaung di bawah martabatnya ". 

26.  wasiat kedua puluh enam :
" Hendaklah kasih kepada anak2 , dan sayang kepada faqir dan miskin dan hormat akan orang tua2 ".

27. wasiat kedua puluh tujuh :
" Jika kamu hendak tidur , padamlah pelita , jangan dibiarkan terpasang  kerana sangat makruh , sebab demikian itu amalan kafir yahudi ".

28. wasiat kedua puluh lapan :
"Jika kamu hendak bepergian ( musafir ) , hendaklah kamu ziarah ibu bapa dan guru2 dan orang soleh2 , minta izin mereka serta minta doakan , dan lagi bersedeqah kepada mereka supaya dapat lapang ".

29. wasiat kedua puluh sembilan:
" Jangan berasah gigi kamu , laki2 dan perempuan , dan jangan bertindik telinga jika perempuan , kerana demikian itu kelakuan jahiliyyah ".

30. wasiat ketiga puluh :
" Jangan kuat kasihkan dunia , hanyalah seqadar hajat , siapa yang kuat kasih akan dunia , banyak susah badannya dan sempit hatinya , siapa yang benci dunia , senang badanya dan lapang dadanya ".

31. wasiat kedua puluh satu :
" Hendaklah kasih sayang akan ibu bapa seperti mengikuti kata2nya dan membuat kebajikan kepada kedua2nya sehabis2 ikhtiar , dan jangan derhaka kepada keduanya ".

32. wasiat kedua puluh dua :
" Jika mati kedua ibu bapa kamu atau salah seorang daripadanya , maka hendaklah kamu kuat mendoakan kepada mereka tiap2 kali selepas sembahyang dan ziarah kubur mereka tiap2 hari Jumaat ".
33.  wasiat ketiga puluh tiga :
" Hendaklah kuat berbuat kebajikan serta yakin  kepada guru2 dan jangan derhaka kepada mereka ".

34. wasiat ketiga puluh empat :
"Hendaklah berkasih2 kepada orang sekampung , jika ia kafir sekalipun , dan jangan berbantah2 dan berkelahi dengan mereka itu ".

35. wasiat ketiga puluh lima :
" Jangan beri hati kamu cintakan maksiat yakni membuat kejahatan ". 

36. wasiat ketiga puluh enam :
" Jangan kamu jabatkan ( sentuh ) akan sesuatu yang haram , kerana yang demikian itu mendatangkan bala ".

37. wasiat ketiga puluh tujuh :
" Jika datang bala dan cobaan , maka hendaklah mandi taubat dan mengambil air sembahyang dan meminta doa kepada Allah Taala . Dan banyakkan bersedeqah kepada fakir miskin dan guru2 serta orang2 soleh dan mintakan doa daripada mereka , kerana mereka ialah kekasih Allah ".

38. wasiat ketiga puluh lapan :
" Apabila hampir bulan Ramadhan, maka hendaklah selesaikan urusan dunia supaya senang beramal ibadat dalam bulan Ramadhan, dan jangan berusaha ( bekerja ) dan berniaga di dalam bulan Ramadhan , tetapi hendaklah bersungguh2 beramal ibadat siang dan malam , khususnya  tadarus alquran dan bersuluk ". 

39. wasiat ketiga puluh sembilan :
" Hendaklah kuat bangun di waktu sahur , beramal ibadat dan berdoa , kerana waktu itu tempat  maqbul doa , khususnya hari Jumaat ".

40. wasiat keempat puluh :
" Hendaklah kuat mendoakan orang islam , sama ada yang hidup atau mati ". 

41. wasiat keempat puluh satu :
" Apabila bertambah2 harta kamu dan bertambah pangkat kamu , sedangkan amal ibadat  kamu berkurang , maka jangan sekali2 kamu suka akan demikian itu , kerana demikian itu kehendak syaitan iblis ".

42. wasiat keempat puluh dua :
" Maka hendaklah kamu iktiqadkan bahawa Allah Taala ada hampir dengan kamu dengan tiada bercerai2 siang dan malam , maka ia melihat kelakuan kamu dzohir dan batin ". 

43. wasiat keempat puluh tiga :
" Maka hendaklah kamu ingat bahawa malaikat  maut sentiasa datang kepada setiap seorang sebanyak 5 kali dalam sehari semalam , menghobarkan bahawa akan mengambil nyawa kamu , maka hendaklah kamu ingat selepas sembahyang tiada sampai nyawa kamu kepada sembahyang kedua , demikianlah selama2nya ".

44. wasiat keempat puluh empat :
" Hendaklah kamu kuat mendoakan kepada hamba yang doif ini , dan sekurang2nya bacakanlah dan sedeqahkan al-fatihah dan surah al-ikhlas 11x  pada tiap2 malam jumaat dan ayatul qursi 7x dan mendoakan ku , dan aku akan mendoakanmu".
wasiat Mursyid